COUNTDOWN!

Thursday, June 16, 2011

Aktiviti Kokurikulum

1. LATAR BELAKANG





Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti gerak kerja yang boleh meningkatkan interaksi dan integrasi dikalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomotor, kognitif dan efektif untuk melahirkan insan yang seimbang di samping melatih mereka menggunakan masa lapang yang optimum serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan.





1.1 Semua pelajar harus mempunyai perimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani).





1.2 Memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus dan kebolehan memimpin serta berdikari.





1.3 Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan.





1.4 Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan integrasi dikalangan pelajar melalui kegiatan-kegiatan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan negara.





1.5 Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan Negara.





1.6 Untuk membolehkan lebih ramai lagi bilangan peserta sekolah mewakili daerah, negeri dan negara dalam gerak kerja kokurikulum.





1.7 Menjadikan pelajar-pelajar sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas.





1.8 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan pelajar dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.




















2. MATLAMAT GERAK KERJA KO-KURIKULUM





2.1 Menyemaikan kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan.





2.2 Keseimbangan di antara perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan emosi.





2.3 Pengukuhan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah atau di antara sekolah-sekolah.





2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam kerja-kerja yang diceburi.





2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid.





2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.





2.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat.







3 CARA-CARA MENCAPAI MATLAMAT





3.1 Penglibatan semua murid secara individu dan kumpulan dengan aktif dalam pelbagai jenis gerak kerja.





3.2 Rancangkan gerak kerja kokurikulum dengan teliti.





3.3 Jelaskan kepada ibu bapa mengenai gerak kerja kokurikulum sekolah serta rancangan –rancangan yang hendak dilaksanakan.





3.4 Catatkan segala gerak kerja dan kemajuan yang telah dijalankan.





3.5 Berikan penghargaan kepada murid-murid, guru-guru dan pihak –pihak yang terlibat.








4 PERSEDIAAN & KEPERLUAN GURU SEBELUM MENJALANKAN GERAK KERJA KOKURIKULUM





4.1 Membincangkan kemudahan serta peralatan yang ada di sekolah.





4.2 Menjadi daya penggerak kepada keseluruhan gerak kerja kokurikulum.





4.3 Memilih dan merancangan gerak kerja yang sesuai dijalankan.





4.4 Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam gerak kerja serta pengurusannya.





4.5 Menunjukkan inisiatif , ingin mencuba dan berpandangan jauh.












0 comments:

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP